Duniaku TeknokratGovernansPilihan Editor

Wan Suraya Dilantik Ketua Audit Negara

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu, berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perundingan dengan Majlis Raja-Raja.

“Dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai 13 Jun 2023.

“Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini menggesa kerajaan segera mengisi jawatan Ketua Audit Negara dengan melantik individu berlatar belakang dalam perakaunan dan pengauditan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close