Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Wanita Saudi Pandu Teksi Untuk Cari Wang Tambahan

Fahda Fahd memandu e-hailing di Riyadh menggunakan aplikasi e-hailing khusus untuk wanita, sebagai satu cara untuk mendapatkan wang tambahan susulan peningkatan kos sara hidup. - Foto AFP
Fahda Fahd memandu e-hailing di Riyadh menggunakan aplikasi e-hailing khusus untuk wanita, sebagai satu cara untuk mendapatkan wang tambahan susulan peningkatan kos sara hidup. – Foto AFP

Kos sara hidup yang semakin meningkat di Arab Saudi menjadikan golongan wanita di negara itu tiada pilihan dengan memandu kenderaan sebagai pemandu e-hailing untuk menambah pendapatan.

Fahda Fahd, 54, yang tidak boleh memandu secara sah sehingga 2018, tetapi kini terpaksa melakukan pekerjaan itu menggunakan aplikasi e-hailing untuk wanita.

Katanya, keluarganya menyokong pekerjaan keduanya dengan syarat tiada perjalanan jauh atau lelaki sebagai penumpang.

“Saya memutuskan untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

“Gaji saya tidak mencukupi untuk tiga anak saya dan terutama untuk anak perempuan saya yang mempunyai keperluan khas,” katanya yang memakai tudung hitam dan pelitup muka anti-coronavirus.

Pembaharuan sosial yang menyeluruh termasuk menarik balik larangan terhadap wanita memandu, telah mengubah kehidupan ramai rakyat Arab Saudi, tetapi peningkatan kos sara hidup semakin ketara.

“Ia membolehkan saya membantu suami yang pencen membayar bil bulanan dan untuk keperluan sekolah anak-anak saya,” katanya.

Kos sara hidup semakin meningkat di Arab Saudi yang sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan ekonominya kepada minyak dan pada Julai 2020 menaikkan cukai nilai tambah (VAT) kepada 15 peratus.

Pada masa yang sama, berjuta-juta wanita Arab Saudi mencari pekerjaan kerana pekerjaan wanita mendapat penerimaan dalam masyarakat yang sangat patriarki.

Wanita membentuk lebih satu pertiga daripada tenaga kerja tahun lalu buat pertama kali, menurut angka yang ditunjukkan kerajaan. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close