MalaysiaPilihan Editor

Wanita UMNO Malaysia Digerakkan Secara Menyeluruh Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Wanita UMNO Malaysia digerakkan secara menyeluruh bagi membantu mangsa banjir di negeri Pahang yang terjejas teruk terutama kerja-kerja pengagihan bantuan dan pembersihan setempat.

Menerusi gerakan bersepadu ini, Wanita UMNO menerusi Skuad Sayang di seluruh 14 Wanita UMNO Bahagian negeri Pahang telah digerakkan bagi membantu setiap keluarga mangsa banjir yang terlibat.

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim juga berterima kasih kepada Skuad Sayang Wanita yang tidak pernah kenal penat lelah untuk membantu mangsa banjir.

“Saya amat bersimpati dan mendoakan semua keluarga mangsa banjir akan segera dapat kembali pulang ke rumah masing-masing.

 

“Saya juga berkesempatan melawat di kawasan terlibat seperti Lanchang, Mentakab dan Temerloh.

“Terima kasih juga kepada pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), NADMA, anggota Rela dan agensi lain-lain,”katanya.

Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga memaklumkan bahawa Skuad Sayang Wanita UMNO akan terus memberi kerjasama dan segala bantuan barangan keperluan ke kawasan banjir yang terjejas teruk termasuk gerak kerja pembersihan serta Pusat Pemindahan Banjir Sementara bukan sahaja di negeri Pahang bahkan di negeri lain seperti Johor, Terengganu dan Kelantan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close