MalaysiaPilihan Editor

Wanita UMNO PP & Dewan Muslimat PAS PP Gesa Kerajaan Menerusi PBB Tangani Isu Palestin Terutama Wanita & Kanak-kanak Jadi Mangsa Kegilaan Zionis Israel

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Di atas semangat Muafakat Nasional (MN), Wanita UMNO Pulau Pinang bersama-sama Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang membidas sekeras-kerasnya tindakan melampau tentera Zionis Israel yang melakukan serangan udara di bumi Palestin, terutama di Gaza sehingga meragut lebih 100 nyawa Palestin termasuk kira-kira 50 nyawa wanita dan kanak-kanak.

 Ini satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang berulang-ulang oleh tentera Zionis sejak akhir Ramadan lalu yang turut mengakibatkan kecederaan hampir 2,000 lagi rakyat Palestin.

 Wanita UMNO Pulau Pinang dan Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang senada bersama kerajaan Malaysia yang menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan segala kuasa dan pengaruh mengikut undang-undang antarabangsa bagi membantu rakyat Palestin yang terhimpit dengan kancah kezaliman ketenteraan Israel.

Kenyataan media secara bersama ini ditegaskan oleh Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idris, di sini, malam ini.

 Tegas MN, bantuan kemanusiaan perlu disegerakan bagi membawa bahan bakar, makanan dan bekalan perubatan kerana dianggarkan lebih 10,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Gaza malahan rakyat Palestin termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak ini terpaksa berlindung di sekolah, masjid dan tempat lain yang difikirkan selamat ketika pandemik global COVID-19 dengan akses air, makanan, kebersihan dan perkhidmatan kesihatan yang terhad.

 Wanita UMNO Pulau Pinang dan Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang bertegas semua pihak harus sentiasa mematuhi undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia antarabangsa.

Moga rakyat Palestin terus dilindungi Allah SWT. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close