Kedai RuncitPilihan Editor

Minuman Coca-Cola Terus Dijual Di Pawagam GSC Sehingga 2026

Majlis memeterai perjanjian kerjasama baharu antara Coca-Cola Malaysia dan GSC
Majlis memeterai perjanjian kerjasama baharu antara Coca-Cola Malaysia dan GSC

Coca-Cola Malaysia memeterai perjanjian konsesi minuman baharu dengan rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.

Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investments Group bagi Singapura, Malaysia, dan Brunei, Louis Balat Joseph, berkata kerjasama yang diperbaharui itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Bottling Investments Group adalah anak syarikat The Coca-Cola Company.

“Kerjasama ini telah dibina selama 36 tahun dan berdasarkan kepada kepercayaan antara satu sama lain dan untuk terus membangunkan penyelesaian bagi pengguna kami.

“Apa yang baharu ialah hasrat kami untuk terus berinovasi dalam komitmen kami untuk memberi keutamaan kepada pengguna kami dalam apa jua yang kami lakukan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis permeteraian perjanjian itu, di sini, hari ini.

“Kami mempunyai 12 hingga 14 pawagam baharu yang akan mula beroperasi dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Kami telah membuka kira-kira tiga pawagam setiap tahun.

“Jadi tahun ini kami telah berkembang di IOI Putrajaya dan membuka lima pawagam, manakala lapan pawagam lagi akan dibuka pada Mei,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close