Duniaku Teknokrat

KWSP Muncul Pemegang Saham Besar Johor Plantations Group

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja muncul sebagai pemegang saham besar dalam pengeluar sawit, Johor Plantations Group Bhd (JPG) pada hari pertama sahamnya disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Selasa lalu.

Harga transaksi itu tidak didedahkan dalam makluman terbabit.

Kulim (Malaysia) Sdn Bhd kini adalah pemegang saham terbesar JPG, dengan memegang 65 peratus kepentingan.

Semasa dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada Selasa lalu, saham JPG ditutup pada 90 sen, meningkat daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 84 sen.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024, keuntungan bersih JPG meningkat lebih dua kali ganda kepada RM49.97 juta berbanding RM23.4 juta setahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat 16.8 peratus kepada RM294.91 juta berbanding RM251.98 sebelumnya, terutamanya didorong peningkatan hasil penjualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close