Duniaku TeknokratPilihan Editor

Pengurusan Aset Air Lantik Zulkiflee Omar Sebagai CEO Baharu

Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melantik Zulkiflee Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata Zulkiflee memiliki banyak pengalaman berharga dan beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi (COO) dan pemangku CEO PAAB sejak 19 Mac tahun ini.

“Semasa menyandang jawatan CEO, Zulkiflee akan terus mengawasi tanggungjawab COO hingga pengganti yang sesuai dilantik,” kata PAAB.

Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of North Carolina, Amerika Syarikat, dan mempunyai sejarah kerjaya yang cemerlang.

Sebelum berkhidmat di PAAB, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penyampaian Projek di OPUS International (M) Sdn Bhd, iaitu perunding pengurusan projek yang terkenal di bawah UEM Group. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close