Ekonomi Islam & GlobalGovernans

LAWATAN KREMLIN: Johari Dilantik Menteri Penyelaras Berkaitan Russia

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik sebagai menteri penyelaras berkaitan Russia.

Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyelaras usaha menangani cabaran perdagangan yang semakin kompleks susulan sekatan Barat terhadap Kremlin.

“Perdana Menteri memberi saya tanggungjawab ini berikutan cabaran perdagangan yang sedang kita hadapi di sini.

“Banyak pengeksport Malaysia enggan mengambil risiko disebabkan sekatan itu. Bank-bank keberatan untuk memproses transaksi.

Sejak 2014, Russia dikenakan beberapa siri sekatan yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah, United Kingdom serta sekutu Barat yang lain.

Johari berkata, ada perniagaan yang mengambil inisiatif menggunakan saluran pihak ketiga atau melalui Singapura bagi menyelesaikan transaksi – pendekatan yang membuktikan penyelesaian masih wujud jika ditangani secara strategik.

“Jika Singapura dan Indonesia boleh melakukannya, kita juga boleh. Sebagai contoh, Indonesia mengeksport minyak sawit ke Russia dan menerima bayaran secara langsung.

“Isu ini boleh diselesaikan dan menjadi tanggungjawab saya untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Majlis makan malam itu turut dihadiri lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan, yang dihoskan Anwar sempena lawatan rasmi beliau selama empat hari ke Russia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close