Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik sebagai menteri penyelaras berkaitan Russia.
Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyelaras usaha menangani cabaran perdagangan yang semakin kompleks susulan sekatan Barat terhadap Kremlin.
“Perdana Menteri memberi saya tanggungjawab ini berikutan cabaran perdagangan yang sedang kita hadapi di sini.
“Banyak pengeksport Malaysia enggan mengambil risiko disebabkan sekatan itu. Bank-bank keberatan untuk memproses transaksi.
Johari berkata, ada perniagaan yang mengambil inisiatif menggunakan saluran pihak ketiga atau melalui Singapura bagi menyelesaikan transaksi – pendekatan yang membuktikan penyelesaian masih wujud jika ditangani secara strategik.
“Jika Singapura dan Indonesia boleh melakukannya, kita juga boleh. Sebagai contoh, Indonesia mengeksport minyak sawit ke Russia dan menerima bayaran secara langsung.
“Isu ini boleh diselesaikan dan menjadi tanggungjawab saya untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.
Majlis makan malam itu turut dihadiri lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan, yang dihoskan Anwar sempena lawatan rasmi beliau selama empat hari ke Russia. – BH ONLINE




