Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Porsche berkemungkinan hentikan 5,000 lagi pekerja

Porsche berkemungkinan menggandakan program pemberhentian pekerja sedia ada dengan rancangan mengurangkan 5,000 lagi jawatan, lapor media Jerman semalam, ketika lembaga penyelia syarikat pembuat kereta itu bermesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah penstrukturan semula.

Angka itu dilaporkan oleh Manager Magazin yang memetik sumber tanpa nama.

Akhbar Bild pula melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Michael Leiters, merancang mengurangkan antara 5,000 hingga 6,000 pekerjaan menjelang 2035.

Jurucakap Porsche enggan mengulas mengenai laporan itu. – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close