Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: Pelabur Tunggu Hala Tuju Lebih Jelas Kestabilan Politik

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan memberi kejelasan kepada pelabur mengenai kestabilan politik di negara ini.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee, berkata aktiviti dagangan di Bursa Malaysia dijangka lebih baik disokong kemungkinan PRU-15 akan diadakan dalam tempoh terdekat, sekali gus mendorong rali pra-PRU dalam pasaran tempatan.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman yang lalu, pasaran saham tempatan akan mencatatkan rali pra-PRU dan adalah diharapkan keadaan yang sama berlaku kali ini, sekali gus akan menyokong pasaran secara positif di tengah-tengah ketidaktentuan luaran.

“Kami jangka aktiviti dagangan lebih baik bagi dua suku tahunan akan datang. Kemungkinan PRU-15 dan pengurangan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS) akan memberi sedikit kestabilan di bursa serantau dan tempatan.

Mengulas lanjut, Yee berkata, prestasi bursa tempatan sangat terkesan oleh ketidaktentuan global terutama dari AS dan faktor luaran yang tidak menentu dijangka kekal mempengaruhi pasaran menuju ke depan.

“Seperti yang kita tahu, sektor pembinaan menawarkan kesan limpahan yang besar dan positif kepada sub-segmen yang lain.

“Walaupun sumbangan sektor pembinaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak banyak, namun ia penting sebagai pemacu pertumbuhan,” katanya.

Rakuten Trade menjangkakan sektor lain yang turut mendapat sokongan positif ialah automotif, pengguna, hartanah dan teknologi.

Mengenai prestasi ringgit, Yee berkata, pihaknya percaya mata wang tempatan itu akan kekal pada paras RM4.50/60 sehingga akhir tahun ini berikutan kenaikan agresif kadar faedah AS yang mengukuhkan dolar AS.

Namun begitu, beliau berkata, pihaknya menjangkakan ringgit akan mengukuh kepada sekitar RM4.10/RM4.20 pada separuh kedua 2023 sejajar dengan pemulihan pasaran. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close