MalaysiaPilihan Editor

Agong Kecewa Perkembangan Politik, Namun Perkenan Pembubaran Parlimen

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kecewa !

Tidak mempunyai pilihan !

Itulah yang dizahirkan  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tuanku Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata susulan rasa kecewa itu, Al-Sultan Abdullah memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Justeru, katanya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat, dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

“Seri Paduka menegaskan negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, mengumumkan bahawa beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14, berkuat kuasa hari ini (11 Oktober 2022).

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.

Mengenai permohonan pembubaran parlimen, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Negara, pada jam 12 tengah hari semalam.

Baginda selaras kuasa sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub di bawah Perkara 40(2) dan Perkara 55(2) Perlembagaan, memperkenankan pembubaran itu, selepas memperhalusi permintaan berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close