GovernansMalaysiaPilihan Editor

BELANJAWAN 2021: Bank Mampu Teruskan Moratorium Pinjaman Bersasar – Perdana Menteri

Pihak perbankan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan lanjutan moratorium yang diberikan secara bersasar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tiada masalah bagi pihak perbankan melaksanakan kecairan (market liquidity) dalam sistem kerana ia boleh mendatangkan kerugian jika disimpan dalam keadaan perniagaan semakin jatuh.

“Sehubungan itu lebih baik mereka (bank) sokong perniagaan dengan memberikan lanjutan moratorium secara bersasar supaya perniagaan mampu berdiri dan (peminjam) bayar semula bagi memberi kebaikan dan faedah kepada bank.

“Sebab itu, Bank Negara Malaysia menasihatkan bank supaya memberi perhatian dan jangan menolak sahaja selain bersedia berunding untuk lanjutan moratorium, ” katanya pada sesi soal jawab bersama Astro Awani, di sini malam ini. – BERITA HARIAN/ASTRO AWANI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close