Sebanyak 268 lagi stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas baru tetapi sasaran Pengecas Pantas arus terus (DC) dinaikkan dari 1,000 stesen pengecas ke 1,500 stesen.
“Pasaran EV di dalam negara terus mencatatkan perkembangan yang pesat bagi tiga bulan pertama tahun ini, yang mana hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024,” katanya dalam hantaran media sosial malam ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang dipengerusikan Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut membincangkan konsep Pasport Bateri EV.




