MalaysiaPilihan Editor

Kaukus Dewan Negara Senada Bersama PM Muhyiddin Bahawa Penyelesaian Adil Menjadikan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Palestin

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Jadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin !

Ini akan tamatkan konflik Palestin-Israel !

Ini sebagai satu-satunya jalan penyelesaian !

Ini sebagai penyelesaian adil dan saksama !

Ketegasan ini disuarakan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yang turut menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penyelesaian adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967.

Malahan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara senada bersama Muhyiddin menerusi kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei yang bertegas bahawa keganasan rejim Israel di bumi Palestin dihentikan serta-merta.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris bertegas bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB hendaklah berfungsi sebenar-benarnya dalam menguatkuasakan undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

“Kita juga selari dengan pendirian berprinsip kerajaan Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi dan moral.

“Kita berharap penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

“Sejajar dengan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyeru seluruh rakyat Malaysia termasuk badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan korporat dan parti politik bersatu suara mengutuk tindakan keji Israel terhadap rakyat Palestin,” kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close