Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: BYD SEAL 6 EV Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM100,000

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia hari ini memperkenalkan BYD SEAL 6 EV, pelancaran sulung model itu di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia.

Mercu jaya ini merupakan sebahagian daripada komitmen BYD kepada Malaysia, sambil menetapkan penanda aras baharu dalam kategori sedan segmen-C.

BYD SEAL 6 EV meluaskan portfolio BYD di Malaysia, yang menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, keselesaan premium dan reka bentuk moden.

Dengan model baharu ini, BYD berusaha menjadikan pengangkutan elektrik dan segmen sedan lebih menarik dan mudah dimiliki oleh para pemandu Malaysia.

 

BYD SEAL 6 EV menawarkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu - Foto ihsan BYD Sime Motors
BYD SEAL 6 EV menawarkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu – Foto ihsan BYD Sime Motors

 

Beliau berkata, sebagai model ketujuh dalam barisan BYD, kenderaan ini terus menarik hati kumpulan pelanggan yang luas dan pelbagai dengan segala pilihan menambat minat yang disediakan.

“Selepas pelancaran hari ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mula menerima pakai pengangkutan elektrik — disokong oleh rangkaian cawangan kami yang semakin luas dan komitmen tidak berbelah bahagi kami kepada kecemerlangan lepas jualan.

“Setiap model baharu yang kami perkenalkan membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai wawasan pengangkutan masa depan yang lebih bersih dan pintar di Malaysia,” katanya.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, berkata model ini menggabungkan harga yang berpatutan dengan daya pergerakan jarak jauh dan ciri teknologi pintar, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan harian.

“Dengan BYD SEAL 6 EV baharu, kami ingin memperlihatkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu. Saya percaya keseimbangan nilai dan inovasi ini akan mendorong lebih ramai pelanggan untuk beralih kepada pengangkutan elektrik,” katanya.

 

Ruang pemandu BYD SEAL 6 EV - Foto ihsan BYD Sime Motors
Ruang pemandu BYD SEAL 6 EV – Foto ihsan BYD Sime Motors

 

BYD SEAL 6 EV mentakrifkan semula sedan segmen-C di Malaysia, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, reka bentuk moden dan keselesaan luar biasa.

Kenderaan ini menjanjikan pengalaman memandu yang dinamik tetapi mewah, dengan ciri-ciri premium dan praktikal yang sesuai untuk perjalanan di sekitar kota dan juga jarak jauh.

BYD SEAL 6 EV menawarkan pilihan warna luar Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue.

Harga ditawarkan adalah RM100,000 bagi pilihan Dinamik dan RM115,800 bagi Premium.

BYD Sime Motors menyediakan Pakej Pelancaran Eksklusif bernilai sehingga RM6,000 untuk 800 pelanggan pertama.

Tempahan bagi BYD SEAL 6 EV boleh dibuat di cawangan BYD di seluruh negara. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close