Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

Maydan Trading Gagal Saman Nur Fazura

MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini mengarahkan pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek membayar masing-masing RM40,000 kepada pelakon, Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas mendengar hujah dan meneliti keterangan daripada tiga saksi plaintif dan empat saksi defendan.

Berdasarkan keputusan penghakimannya, Mohd Firuz berkata, mengikut beberapa tuntutan yang dibuat oleh plaintif dan mahkamah mendapati, tidak terdapat sebarang perlanggaran kontrak dibuat oleh Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd.

Malah katanya, tiada sebarang salah nyata oleh pihak defendan kerana kontrak itu ditamatkan sendiri oleh plaintif.

Malah katanya, ia berdasarkan keterangan saksi plaintif sendiri yang jelas mengakui Nur Fazura menjalankan peranannya sebagai duta produk ‘Q Tab’.

“Menerusi keterangan daripada seorang lagi saksi plaintif iaitu pegawai bahagian farmasi menyatakan produk itu menyalahi undang-undang.

“Jika sebarang kontrak ditakrif sebagai tidak sah atau produk didapati menyalahi peraturan, kerugian atau kos yang dikeluarkan menjadi belanja hangus,” katanya.

Maydan Trading diwakili Dzaki Ezwan Baharin manakala Nur Fazura diwakili peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Universal Music Sdn Bhd diwakili Wilson Lim.

Pada 16 Disember 2017, pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek telah mengemukakan saman dengan menamakan Nur Fazura,37, sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Nur Fazura memasarkan produk ‘Q Tab’, yakni produk kesihatan rambut, kulit dan kuku, dalam bentuk ‘candy’ yang boleh dikunyah; dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada hujung September 2017, Nur Fazura telah melanggar kontrak apabila artis itu melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ sedangkan dia masih terikat dengan kontrak bagi pemasaran ‘Q Tab’.

Menurut pernyataan tuntutan, keadaan itu mewujudkan persaingan bagi produk ‘Q Tab’ dan oleh kerana pemasaran produk itu diabaikan, ia menyebabkan Narhamdan mengalami kerugian.

Plaintif antara lain menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan di samping ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif. – SINAR HARIAN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close