Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

BACALAH AUTO: Nombor Plat Khas Untuk Kenderaan Elektrik

Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan nombor pendaftaran khas bagi kenderaan elektrik (EV), bertujuan membezakannya dengan kenderaan biasa.

“Daripada aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan cara pengendalian kereta terbabit memang berlainan daripada yang lain.

“Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air sahaja. Bomba ada prosedur operasi standard (SOP) mereka sendiri,” katanya ketika hadir melancarkan Pusat Khidmat 4S, Jalan Rahang, di sini, hari ini.

“Kita mahu perkenalkan nombor pendaftaran ini supaya ia dapat dibezakan,” katanya.

“Pada ketika ini mengikut kaedah akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memang ada formula pengiraan untuk EV yang menggunakan pengiraan mengikut watt.

“Jadi, daripada segi pengiraan itu, untuk EV pada ketika ini memang lebih mahal daripada kereta biasa yang menggunakan CC (kapasiti enjin),” katanya.

Beliau berkata, cadangan untuk melihat semula pengiraan kadar cukai EV itu bagi menggalakkan penggunaan kenderaan berkenaan di negara ini meskipun cukai jalan dikecualikan sehingga 2025.

“Itu cadangan kita (kementerian) untuk menggalakkan penggunaan EV. Walaupun pada ketika ini cukai jalan tidakpun dikenakan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close