GovernansMalaysiaPilihan Editor

Lima Bekas Menteri Kembali Sertai Kabinet, Termasuk Johari Ghani

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kredibiliti dan berpengalaman !

Itulah harapan besar kepada barisan baharu Kerajaan Perpaduan Madani.

Jelas lima bekas menteri membuat kemunculan kembali dalam rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani, yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua dalam Kabinet Kerajaan Barisan Nasional (BN) di antara 2016 hingga 2018, dilantik mengetuai portfolio baharu, Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga bekas Menteri Kesihatan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, kembali memegang jawatan sama.

Naib Presiden DAP, Gobind Singh Deo, yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, dilantik sebagai Menteri Digital, iaitu kementerian baharu yang diwujudkan daripada pecahan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kembali semula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/SINAR HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close