Pilihan EditorTwo Cents

Kekuatan Sebuah Negara – Penganalisis Politik

Oleh Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh

 

APABILA menyebut tentang hal berkaitan kenegaraan, ramai andaikan ianya hanyalah urusan pemimpin kerajaan dan parti politik.

Namun, ramai lupa sekiranya negara porak peranda, maka, maruah dan hidup kita pun hancur berkecai seperti apa yang telah berlaku di negara seperti Syria, Venezuela, Libya, Iraq, Sudan dan banyak lagi (lebih dari 50 negara dari 192 negara sedang tenat dan rakyatnya hidup miskin dan terseksa, Google HDI, Human Development Index.

Terdapat dua kekuatan utama negara iaitu kuasa material (tangible) dan kuasa tak nampak (intangible).

Kuasa tangible adalah yang selalunya diketahui umum iaitu kekuasaan negara, jumlah penduduk, kekayaan hasil bumi dan ketenteraan. Namun, kita seringkali lupa dengan kekuatan kuasa intangle iaitu;

 

BUDAYA: Ianya merupakan satu kekuatan negara yang sering dipandang remeh.

Budaya hormat, sopan, prihatin, tolong menolang, tidak mendiskriminasi dan tidak sukakan keganasan adalah budaya negara yang kuat.

Alhamdulillah kita ada semua budaya ini kekalkan dan pertingkatkan.

 

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG: Mempunyai sistem perundangan yang adil dan dipercayai adalah satu kekuatan negara ulung.

Tiada tangan ghaib dan kuasa eksekutif yang boleh campur tangan akan menyebabkan tiada individu kebal dari tindakan undang-undang (above the law).

Ini akan menyebabkan semua warganegara takut untuk menyalahguna kuasa, rasuah dan bersikap profesional dalam semua pekerjaan.

 

MAKANAN: Ianya satu lambang kepelbagaian, nilai estatika dan kemakmuran negara.

 

PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang baik, bebas dan inovatif adalah teras kekuatan negara. Apabila negara melabur dalam ilmu dan latihan, rakyat akan jadi golongan sumber tenaga berkualiti tinggi dan disegani.

Teknologi dan sistem terkini boleh dicapai melalui pendidikan yang ulung.

 

DEMOKRASI: Mempunyai rakyat dan pemimpin yang menghormati dan matang dalam politik.

Tiada lagi kepentingan diri dan mengagungkan ketua dengan berlebihan.

Rakyat negara kuat ini kebal dari manipulasi salahguna agama, momok perkauman dan berupaya membuat pilihan berdasarkan fakta sebenar.

 

AGAMA & MORAL: Penduduk yang beragama akan mendokong disiplin dan moral yang tinggi.

Namun, kini terdapat terlalu banyak salahguna agama untuk politik, menindas wanita, kanak-kanak dan memperlekeh kepentingan ilmu.

Saya amat berharap hanya yang ada ilmu dengan bukti sijil bertauliah saja yang boleh menjadi penceramah agama bukan ulamak mee segera, bekas artis atau mengaku pergi pondok ke pondok.

Kalau doktor, boleh ke kata pergi klinik ke klinik menimba ilmu? Boleh jadi doktor?

 

PATRIOTIK: Negara lebih kuat apabila mempunyai rakyat yang sayang dan bangga dengan negara.

Kempen beli barang buatan nasional disambut baik begitu juga kempen bersatu hati.

URUSTADBIR: Sikap dan profesionalisme para pengawai dan kakitangan serta semua pekerja di pelbagai sektor juga merupakan kekuatan negara.

Apabila semua bekerja sehabis baik, tak curi tulang, ikhlas dan seronok bekerja, produktiviti negara akan bertambah.

PEMIMPIN: Dipilih mengikut kelayakan dan merit bukan dengan cara tidak berhemah.

Pemimpin yang mempunyai merit tidak akan takut bayangan, sukakan perubahan dan meraikan anak buah yang kreatif serta cemerlang. Beliau akan bawa anak buahnya, rakyat dan negara jadi hebat.

Ada lagi kuasa intangle negara kegemaran rakan-rakan. Jom kongsi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

  • Penulis ialah seorang penganalisis politik dan pensyarah kanan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close