Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Perdana Menteri, sila pertimbangkan dua perkara !
Perdana Menteri, sila pertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh moratorium !
Perdana Menteri, sila pertimbangkan cadangan meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) !
Perkara ini ditegaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan dua perkara berbangkit ini dipertimbangkan secara serius dan menjadi perkara pokok utama dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.
Kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin) perlu mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya bagi mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.
Kata Ahmad Zahid lagi, Perdana Menteri perlu mempertimbangkan untuk meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu.
Dalam kenyataan media itu juga melaporkan 43 Ahli Parlimen BN yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat bersetuju sebulat suara untuk memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Ahmad Zahid berkata selain itu, kesemua ahli Parlimen BN yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi sokongan kepada semua rang undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan pihak kerajaan.
Presiden UMNO turut berkata beliau telah pun mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi memaklumkan sokongan dan persetujuan bersama ahli Parlimen BN berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY