MalaysiaPilihan Editor

5 Bank Dalam Pengawasan ‘Radar’ SPRM

Lima bank utama di negara ini berada di bawah pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai digunakan sindiket penipuan antarabangsa untuk melakukan transaksi pemindahan wang mangsa yang ditipu sehingga RM1 juta sehari.

Peranan bank berkenaan terdedah susulan siasatan SPRM atas kejayaan menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa di negara ini menerusi Operasi Tropicana (Op Tropicana), baru-baru ini.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 20 kakitangan bank terbabit termasuk juruaudit dan pegawai kaunter hadapan, dipercayai berperanan memudahkan sindiket membuka akaun.

Akaun-akaun ini kemudian digunakan oleh sindiket untuk mengutip wang tunai yang didepositkan oleh mangsa yang menjadi mangsa penipuan.

Pegawai bank itu juga dilaporkan akan ‘menutup mata’ terhadap sebarang laporan transaksi mencurigakan pada akaun bank berkenaan.

Peranan pekerja bank itu menyebabkan sindiket penipuan mampu mengaut keuntungan kira-kira RM200 juta hanya dalam tempoh tiga bulan.

Sebagai balasan, mereka akan menerima upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap akaun bank yang berjaya dibuka untuk kegunaan sindiket.

Menurut sumber, akaun berkenaan hanya digunakan untuk tujuan transit kerana sindiket akan segera mengalihkan wang yang didepositkan ke akaun milik sindiket di Hong Kong.

Sumber berkata, bank-bank yang dikesan terbabit dalam operasi sindiket penipuan antarabangsa ini kesemuanya beroperasi di ibu negara.

Difahamkan, dianggarkan 20 hingga 30 akaun bank disediakan untuk digunakan pihak sindiket dan akaun berkenaan akan ditutup selepas tiga bulan, sebelum akaun baharu dibuka.

“Walaupun secara dasarnya, hanya pekerja bank yang dikenal pasti terbabit dalam operasi sindiket penipuan, SPRM akan tetap memantau operasi bank berkenaan.

“SPRM juga sudah mengenal pasti tujuh hingga lapan syarikat palsu yang diwujudkan sindiket penipuan sebagai cara untuk membuka akaun bank di negara ini,” katanya.

Katanya, syarikat-syarikat ini yang didapati berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), akan digunakan untuk mempromosikan skim pelaburan palsu bagi memancing mangsa.

Siasatan juga mendapati sindiket itu juga memperincikan operasi mereka dengan mengaitkan syarikat antarabangsa terkenal dalam skim penipuan mereka.

Siasatan SPRM menunjukkan sindiket ini aktif di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong dan UK.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan United Kingdom.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan United Kingdom.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan UK..

Menerusi Op Tropicana, sekurang-kurangnya 25 premis di Lembah Klang dan Pulau Pinang diserbu SPRM.

SPRM berkata sindiket ini dipercayai merasuah beberapa agensi penguatkuasa bagi memastikan operasi mereka berjalan lancar tanpa halangan sejak 2019.

Anggota sindiket itu, katanya, terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Modus operandi sindiket ini ialah memperdaya mangsa untuk melaburkan wang dalam skim pelaburan yang tidak wujud.

Sindiket ini juga dikesan menubuhkan 24 syarikat sebagai tempat menyimpan sementara wang dipindahkan oleh mangsa sebelum wang itu dipindahkan ke akaun bank lain di luar negara sebelum dipindahkan ke akaun milik sindiket.

Sindiket dikesan berkomunikasi dengan mangsa menggunakan platform ‘Voice Over Internet Protocol’ (VoIP) bagi memperdaya mangsa bahawa pemanggil seolah-olah wakil syarikat tertentu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Aset (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi berkata dua ketua sindiket itu, kedua-duanya warga UK didakwa di Mahkamah Shah Alam semalam. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close