Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

BANJIR: ‘Terima Kasih Abang Grab’ – Siti Nurhaliza

“Terima kasih di atas pertolongan ‘Grab Rider’ dan mereka juga adalah hero kita.”

Kongsi penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berterima kasih dengan Grab Rider kerana membantu memudahkan urusan penghantaran bantuan banjir yang dibuat suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa bersama pasukan di kawasan Hulu Langat.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hari ini suami dan pasukan, menerusi Yayasan Nurjiwa serta tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam yang kami lancarkan beberapa bulan lalu. Meneruskan misi ke beberapa kawasan lagi di sekitar Hulu Langat.

Menurut Siti, dia yang sebelum ini turun padang membantu dengan menghantar sumbangan ke kawasan terjejas sedikit sebanyak menginsafkan diri.

“Apabila kita turun padang dan melihat sendiri situasi, banyak yang kita insafi. Semua pihak tampil membantu, mengumpul barang bantuan dan membuat agihan, tanpa berkira walaupun mereka sendiri dalam kesusahan.

“Semoga kita terus kuat, tabah dan kita usaha lagi apa yang termampu. Justeru dalam situasi sukar ini, kita tetap satu keluarga,” katanya. – HARIAN METRO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close