Ekonomi Islam & GlobalKedai RuncitPilihan Editor

Pameran Makanan & Inovasi Terbesar Dunia SIAL PARIS 2022 Tarik Minat Negara Seluruh Dunia

Menarik minat negara seluruh dunia untuk mempamerkan keluaran makanan, minuman dan teknologi terkini mereka

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my di Paris, Perancis

Pameran makanan dan inovasi terbesar dunia  Salon International de l’Alimentation (SIAL) PARIS 2022 ini menarik minat negara seluruh dunia untuk mempamerkan keluaran makanan, minuman dan teknologi terkini mereka.

Ada lapan dewan besar yang menempatkan pelbagai makanan seperti produk makanan laut, daging, ternakan, produk roti dan manisan, tenusu dan keju, organik dan makanan kesihatan, produk sejuk beku, perkhidmatan dan peralatan.

Sebanyak 7,000 syarikat agromakanan termasuk Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) dari Sabah mengambil bahagian pada SIAL PARIS 2022 yang menggunakan tagline ‘Own the Change’. Cabaran global sekarang ialah menyediakan makanan untuk 10 bilion manusia pada 2040.

Pameran ini amat besar sehinggakan Dewan 7 hanya menempatkan segala jenis produk tenusu dan keju dari negara-negara seperi Belanda, Jerman, Poland dan Turki.

GLOPEC tidak ketinggalan yang mana membantu usahawan Sabah memasarkan barang-barang mereka menerusi Program Taste of Sabah di SIAL PARIS 2022 ini selain di London, United Kingdom Mei lalu.

Pameran SIAL Paris selama lima hari bermula 15 Oktober hingga 19 Oktober itu menjanjikan potensi memberangsangkan untuk produk berasaskan makanan dan minuman halal serta sihat dari Sabah, begitu juga sektor kraftangan untuk memperkembang capaian khususnya ke pasaran Perancis dan Eropah. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close