MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: Ciri WALI Ada Kepada Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Sebagai Calon Tasek Gelugor

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Datuk Norliza Abdul Rahim, disebut-sebut calon “heavyweight” Barisan Nasional yang bakal mengisi kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini sekaligus memperkukuhkan kuota 30 peratus pencalonan wanita BN dalam PRU-15 kali ini dalam misi penting merampas semula kerusi milik BN asalnya selepas penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya melompat ke parti lain.

Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dilihat menepati dan mempunyai ciri-ciri sebagai calon WALI (Winnable, Acceptable, Likeable) berlandaskan kepimpinannya sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN Pulau Pinang yang dekat di hati akar umbi dalam kalangan rakyat dan ahli parti sendiri.

Berprinsipkan bantu sehabis baik, Norliza dilihat keberadaan di sekeliling masyarakat apatah lagi jentera Wanita Pulau Pinang tidak pernah berhenti menyantuni masyarakat tidak kira pada waktu susah dan keperitan kehidupan kepada mereka yang ingin dibantu.

Rakyat pengundi Parlimen Tasek Gelugor pastinya ternanti-nanti bakal calon yang baharu selepas Shabudin mengesahkan tidak lagi mahu mempertahankan kerusi parlimen berkenaan.

Ini memberikan ruang terbaik BN mempertaruhkan reputasi Norliza yang juga sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad  yang boleh diterima semua lapisan masyarakat terutama pengundi Wanita, belia dan pengundi kali pertama.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan baharu-baharu ini menegaskan BN kali ini akan menumpukan kawasan yang kalah tipis, tetapi tidak mengecualikan kawasan BN yang menang dengan majoriti yang tipis.

Pada PRU-14 lalu di Parlimen Tasek Gelugor, BN ketika itu dimenangi Shabudin sebanyak 18,547 undi dengan majoriti 81 undi menewaskan Marzuki Yahya dari PKR yang memperolehi 18,466 undi dan Rizal Hafiz Ruslan dari PAS yang memperolehi sebanyak 14,891 undi.

Walaupun kemenangan BN ketika itu majoriti tipis, itu tidak menampakkan sebarang masalah kerana Norliza adalah antara calon terbaik Wanita BN, mempunyai komitmen yang tinggi serta dijangka disokong kuat oleh pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua dan Permatang Berangan, kedua-dua DUN ini dimenangi oleh BN sendiri kecuali di DUN Telok Ayer Tawar.

Setakat ini, kerusi Parlimen Tasek Gelugor turut menarik minat parti PAS yang bersedia meletakkan calon untuk bertanding berdasarkan rekod lalu, PAS sudah tujuh kali bertanding untuk kerusi Tasek Gelugor sejak pilihan raya pada 1986, namun sehingga kini belum pernah memenangi kerusi berkenaan.

Turut diintai kerusi Tasek Gelugor, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dilihat semakin kerap turun padang di kawasan Tasek Gelugor ini.

Namun, penganalisis politik tempatan mengenal pasti akan berlaku kecelaruan rundingan di antara calon Bersatu dan PAS kerana masing-masing di bawah gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Ini sudah tentu menyulitkan keadaan percaturan siapa yang layak sedangkan penyandang sekarang telah melompat parti dari BN ke Bersatu, manakala PAS pula mempertaruhkan komitmen yang tinggi kerana mempunyai sudah mempunyai jentera yang kukuh dan berpotensi besar menarik undi pengundi tempatan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close