Bursa Malaysia Bhd mengesahkan bahawa perbincangan dengan Mulia Property Development Sdn Bhd mengenai perpindahan ke Tun Razak Exchange (TRX) sedang berjalan, dengan butiran terperinci masih belum dimuktamadkan.
“Pengumuman selanjutnya hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu,” kata pengendali bursa saham itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bursa Malaysia berkata demikian sebagai mengulas dua artikel bertajuk ‘Bursa Malaysia mulling move to TRX’ dan ‘In final negotiation stage, Bursa Malaysia’s headquarters to be moved to TRX’, (Bursa Malaysia timbang pindah TRX dan Rundingan di peringkat akhir, ibu pejabat Bursa Malaysia akan dipindahkan ke TRX) yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurut artikel itu, Bursa Malaysia dan Mulia Property sedang di peringkat akhir rundingan untuk memindahkan ibu pejabat bursa ke TRX.