Duniaku TeknokratPilihan Editor

Mohd Izzaddin CEO Baharu Axiata

Axiata Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Izzaddin Idris sebagai Pengarah Urusan/Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, konglomerat telekomunikasi multinasional itu berkata, Mohd Izzaddin mengambil alih daripada Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang bersara hari ini selepas menerajui Axiata sejak penubuhannya pada 2008.

Axiata berkata, sebelum pelantikan ini, Mohd Izzaddin dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Timbalan CEO pada 24 Januari 2020.

“Beliau menyertai lembaga pengarah Axiata pada 2016 sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif dan dilantik semula sebagai pengarah bebas bukan eksekutif pada Mac 2019,” katanya.

Sebelum menyertai Axiata, Mohd Izzaddin adalah Pengarah Urusan/CEO Kumpulam UEM Group Bhd, jawatan yang dipegang dari Julai 2009 sehingga Oktober 2018.

Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada University of New South Wales, Australia, Felo Certified Public Accountants (CPA) Australia dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). – BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close