Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Gaji Rakyat Malaysia Meningkat Jika Ekonomi Dipacu Pelaburan – Bank Dunia

Pendapatan rakyat di negara ini boleh ditingkatkan dengan mengalihkan pertumbuhan ekonomi kepada dipacu pelaburan berbanding ekonomi yang didorong penggunaan, demikian menurut pandangan Bank Dunia.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, berkata pertumbuhan ekonomi dipacu pelaburan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus membolehkan rakyat menikmati pendapatan yang tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.

Beliau berkata, usaha mengurangkan kos sara hidup bukan saja membabitkan usaha mengawal inflasi, tetapi ia juga perlu diiringi oleh peningkatan pendapatan rakyat.

“Pertumbuhan ekonomi negara ini dilihat terlalu bergantung kepada penggunaan sejak sedekad yang lalu. Justeru, Malaysia perlu beralih kepada pertumbuhan dipacu pelaburan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Pemantauan Ekonomi Malaysia terkini Bank Dunia bertajuk ‘Expanding Malaysia’s Digital Frontier’, baru-baru ini.

Beliau berkata, pelaksanaan kawalan harga dan subsidi input yang terlalu lama akan menjejaskan bekalan berkaitan agromakanan di negara ini.

Jelasnya, kekurangan bekalan di tengah-tengah permintaan tinggi akan mendorong kepada peningkatan harga akhir pengguna, yang sekali gus menjejaskan perbelanjaan golongan rentan terhadap makanan.

Katanya, jaminan makanan menjadi isu penting memandangkan kuasa beli dan pendapatan kumpulan B40 semakin merosot.

“Harga yang meningkat susulan peningkatan permintaan untuk makanan dan pengeluaran tempatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan menyebabkan makanan kurang dapat diakses oleh golongan miskin.

“Kira-kira lima juta orang (rakyat negara ini) berdepan jaminan makanan yang teruk. Sokongan dalam bentuk subsidi input dengan lebih tertumpu kepada beras tidak menyokong perubahan permintaan makanan di negara ini,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close