Pilihan EditorTwo Cents

KAKI BEDAL: Kepada Anak Muda, Kaji Keadaan Sebelum 2018 dan Selepas…

Oleh Kaki Bedal

Ini mesej penulis kepada generasi muda di Malaysia – fikirkan apakah beza keadaan rakyat sebelum dan selepas 2018.

Sebelum membincangkan lebih lanjut,  mungkin orang muda fikir mereka kekurangan fakta untuk memilih kepemimpinan terbaik.

Kalau di kalangan orang muda, siapa di kalangan ahli politik yang boleh jadi contoh?

Adakah Syed Saddiq? KJ? Nurul Izzah? Shahril Hamdan? Hannah Yeoh?

Bagaimana pula dengan parti? Bolehkah mereka bergantung harap kepada parti yang ada sekarang yang membentuk kerajaan atau yang di sebelah pembangkang?

Atau mungkin anak muda sekarang sudah penat dengan politik dan menganggap mereka tidak ada pilihan?

Mesej penulis ialah, anak muda tidak boleh rasa penat dengan politik atau menganggap mereka tidak ada pilihan.

Penulis sudah masak dengan kepemimpinan sejak 80an sehingga sekarang.

Setiap era pemerintahan ada isu dan cabaran tersendiri.

Cuma, seperti di permulaan tulisan, anak muda boleh buat kajian mengapa selepas 2018 negara tidak stabil dan kepemimpinan pula umpama cakap tak serupa bikin.

Sebelum 2018, secara ringkas, kerajaan stabil, ekonomi kukuh dan isu kepentingan rakyat mendapat perhatian.

Tetapi, selepas 2018, selepas memilih kerajaan baru, sehingga hari ini, kerajaan tidak stabil, ekonomi lemah dan isu kepentingan rakyat tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Isu kos sara hidup terutamanya gagal ditangani. Nilai mata wang negara kian menurun. Politik lebih berasaskan retorik, sama ada di pihak pemerintah atau pembangkang.

Lebih menyedihkan, tiada siapa berani tampil ke depan untuk memberi cadangan menyelesaikan permasalahan negara khususnya dari segi ekonomi.

Penulis teringat seorang personaliti yang tidak kering cadangan dan pandangan sebelum diangkat berkuasa tetapi selepas menjadi menteri dia tiada idea untuk membina ekonomi negara.

Sementara itu, pelabur asing terus mengeluarkan modal mereka untuk ke negara lain.

Baru-baru ini, seorang pelawak Singapura-Amerika berjenaka mengenai status Malaysia yang masih negara membangun sedangkan Singapura sudah negara maju.

Mungkin tidak wajar dan keterlaluan, tetapi jenakanya patut mencetuskan persoalan kepada semua di Malaysia.

Apapun, selepas 2018, Malaysia seolah tidak dapat berganjak ke depan. Adakah kerana bangsa Malaysia silap memilih pada 2018? Jika tidak, mengapa kita rasa keadaan negara makin teruk, bukan lebih baik?

Kepemimpinan selepas 2018 tidak bertahan lama. Malaysia dapat empat PM dalam tempoh lima, enam tahun.

Kita tengok jika PMX boleh perbaiki keadaan atau kita akan perlu pilih PM baru lagi.

  • Penulis sudah berkecimpung lebih tiga dekad dalam industri media dan gusar dengan keadaan semasa negara

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close