MalaysiaPilihan Editor

Tahniah Nur Intan Rafeena, Pelajar SMK BTHO (2) Juara Pertandingan Sajak Antirasuah 2020 Peringkat Kebangsaan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tahniah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras Selangor yang memenangi Pertandingan Sajak Antirasuah 2020 kategori lima Tingkatan 5 peringkat kebangsaan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juara yang dimaksudkan itu ialah Nur Intan Rafeena Ahmad Fauzi di bawah guru bimbingan, Rosmawati Husin, bagi kategori lima Tingkatan 5 peringkat kebangsaan, diikuti tempat kedua, Noor Ashima Muhammad dari SMK Bandar Kuala Krai, Kelantan; tempat ketiga, Nur Adha Syuhada Yahya (SMK Bukit Tunggal 21200 Kuala Terengganu, Terengganu); tempat keempat, Nik Irsyad Megat Nik Mohd Kamal (SMK Kampung Jambu, Perak) dan tempat kelima, Aizat Hakimi Abdullah Sani (SMK Engku Husain Semenyih, Selangor).

Sajak bertajuk Rasuah Durjana nukilan Nur Intan ini telah memikat hati juri pertandingan yang dijalankan secara talian ini telah diadakan antara 14 September hingga 30 September lalu. Juara pertandingan sajak membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 berserta sijil pencapaian.

Di samping itu, pertandingan sajak Antirasuah 2020 mengikut kategori Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 yang telah membabitkan lebih 100 penyertaan dari sekolah seluruh negara.

Pengumuman pertandingan sajak ini telah diumumkan pada 28 Oktober 2020 menerusi akaun Facebook SPRM Community. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

 

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close