MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Bung Moktar Antara Pemimpin Yang Telah Menyelamatkan UMNO Sabah Dari Terkubur Akibat Pengkhianatan & Lompat Parti – Kata UMNO Tenom

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Antara pemimpin UMNO yang telah menyelamatkan UMNO Sabah !

Antara pemimpin UMNO yang menyelamatkan UMNO Sabah dari terkubur !

Antara pemimpin UMNO yang memerah keringat dan air mata demi selamatkan UMNO Sabah !

Antara pemimpin UMNO yang mempertahankan maruah UMNO Sabah !

Inilah gambaran sebenar Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO Sabah yang mempertahankan UMNO negeri selepas kekalahan teruk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Malahan gambaran dan rumusan ini digambarkan UMNO Bahagian Tenom selaku pemimpin dan ahli akar umbi yang melihat secara jelas dan mengetahui bahawa Bung Moktar adalah seorang pemimpin yang berprinsip dan mempunyai kesetiaan yang teguh kepada parti UMNO.

Tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Juli Hussein @ Malik Hussein, dia (Bung Moktar) di antara pemimpin UMNO negeri yang telah  menyelamatkan UMNO Sabah dari terkubur akibat pengkhianatan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang melompat ke PPBM (Bersatu) dan Warisan.

“Bahkan beliau juga telah banyak memerah keringat dan air mata demi menyelamatkan dan mempertahankan maruah UMNO Sabah,” katanya lagi.

Ketika UMNO Sabah kembali teguh, menurut Juli Hussein, jangan biarkan tangan-tangan yang rakus dan tamakkan kuasa merampas jerih-perih yang kita bina.

“Marilah kita rapatkan saf dan bersatu mempertahankan UMNO Sabah.

“Sesungguhnya tiada tempat bagi orang yang tamakkan kuasa,” ujar Juli Hussein.

Menyedari hakikat ini, demi kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional negeri Sabah, UMNO Bahagian Tenom dengan penuh iltizam  tetap menyokong dan berdiri teguh di belakang  kepimpinan Bung Moktar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO UMNO Sabah, Pengerusi Barisan Nasional negeri Sabah dan Ketua Jentera Pilihan Raya (PRN 15) Barisan Nasional Negeri Sabah.

Mengenai tindakan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pusat, Juli Hussein menyifatkan sebagai lebih menjurus  kepada satu  agenda  dan kepentingan politik individu tertentu yang terdesak  ingin kembali kepada tampuk kekuasaan.

“Sebagai seorang Ahli (MKT), dia sepatutnya lebih arif membawa perkara ini di saluran yang sewajarnya dan bukannya melalui medium yang terbuka.

“Dia sepatutnya mengutamakan perpaduan dan kepentingan parti dari kepentingan politik individu tertentu.

“Tindakan Rahman yang bukan sahaja sanggup menjadi ‘Horse Trojan’ mempertikaikan kredibiliti (Datuk Seri) Bung dan menyanggah keputusan pucuk pimpinan adalah sesuatu yg biadab dan antagonis sifatnya,” katanya bahawa UMNO Tenom menolak tindakan Ahli MKT ini yang turut mengaitkan moraliti Bung Moktar  dengan kes yang dihadapinya di mahkamah adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak rasional.

Malahan tindakan Abdul Rahman tidak lebih sebagai satu serangan  peribadi yang cuba membunuh karakter Bung Moktar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang berjaya memulihkan imej UMNO Sabah dan meletakkan UMNO negeri di landasan yang kukuh pada PRN 15.

Yang penting UMNO Tenom menyokong penuh keputusan Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta berdiri teguh di belakang Bung Moktar dalam mengetuai jentera pilihan raya negeri BN Sabah.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close