MalaysiaPilihan Editor

Kempen Internet Selamat Anjuran SKMM Pendekatan Proaktif Semai Kesedaran Kepada Rakyat – Menteri Komunikasi

Kerajaan memperluas jaringan NADI juga berjalan lancar, dengan 1,099 pusat dirancang di seluruh negara.

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dilihat sebahagian daripada pendekatan proaktif Kerajaan MADANI untuk memastikan penggunaan Internet selamat sentiasa diutamakan,” kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Atas kesedaran itu, beliau berkata, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) memainkan peranan yang penting dalam menyemai kesedaran penggunaan Internet selamat dalam kalangan rakyat negara ini.

“NADI akan membantu pelaksanaan KIS, yang merupakan sebahagian daripada pendekatan proaktif Kerajaan MADANI selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan teknologi serta pelbagai aplikasi dalam talian di Malaysia.

“Malahan kita (kerajaan) telah memantapkan beberapa program dengan hasrat bukan sekadar komuniti setempat datang ke NADI ini, tetapi pasukan  ini (NADI) juga keluar.

   

“Apa yang kita usahakan termasuklah KIS, kita hantar pengurus-pengurus untuk pergi ke sekolah dan meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar dan juga guru dan ibu bapa tentang kepentingan memastikan anak-anak terutamanya selamat semasa dalam talian,” katanya.

Hadir sama adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidkan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim.

Di samping itu, Menteri Komunikasi turut berkata usaha kerajaan memperluas jaringan NADI juga berjalan lancar, dengan 1,099 pusat dirancang di seluruh negara dan pada masa sama sembilan lagi sedang dalam proses pembinaan.

Ketika ini Johor mempunyai 101 pusat NADI dengan kira-kira 10 peratus daripada 2.2 juta keseluruhan ahli NADI seluruh negara berada di negeri ini. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close