Duniaku Teknokrat

Anak Jati Sarawak Dilantik Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia

Anak jati Sarawak berketurunan Dayak, Philip Gaweng yang berpengalaman selama 39 tahun dalam industri lada telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (LLM) yang baharu.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin yang menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Philip semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan LLM di sini, hari ini berkata, pelantikan  yang berkuatkuasa sejak 1 Disember lepas itu merupakan satu penghargaan besar kepada kaum berkenaan.

“Ini juga melambangkan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional yang mana kita tidak mengasingkan atau menyisihkan mana-mana bangsa dalam perjawatan awam,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan itu menjadikan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini mempunyai ketua pengarah berbangsa India, Melayu, Cina, Kadazan dan Dayak.

“Kita mengamalkan prinsip kesaksamaan. Kalau mereka layak, sudah semestinya kita akan “angkat” supaya mereka boleh  menerajui agensi dan jabatan kerajaan,” katanya.

Willie berkata, dengan adanya kepimpinan LLM yang diterajui anak jati Sarawak, industri lada di negara ini akan terus berkembang maju di samping penubuhan anak syarikatnya, Saraspice Sdn Bhd (Saraspice) yang menambahkan lagi kelestarian industri itu.

Menurutnya, penubuhan Saraspice bukan bertujuan untuk memonopoli pembelian lada di Sarawak, sebaliknya dibuat memandangkan LLM hanya melakukan pembangunan dan penyelidikan lada dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti komersial.

“Saraspice ditubuhkan untuk memfokuskan kepada pembelian lada dengan harga yang lebih baik untuk pekebun-pekebun kecil dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan dan mengerakkan pasaran (komoditi) itu,” katanya. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close