MalaysiaPilihan Editor

DEWAN NEGARA: Sejauh Manakah Bandar Malaysia Boleh Untung ?, Teraju Sila Bangun ! – Kata Razali Dalam Perbahasan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Dewan Negara bermula mesyuarat hari ini dengan perbahasan Rang Undang-Undang Akta Perbekalan Tambahan (2019) 2020.

Datuk Razali Idris menjadi Ahli Parlimen Dewan Negara pertama membahaskan rang undang-undang berkenaan dengan menyentuh perkara Pembangunan Bandar Malaysia yang dilihat akan meningkatkan perniagaan di semua sektor kerana ia akan menjadi hab kepada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Dalam perbahasan itu, beliau mempersoalkan sekarang ialah apakah sebenarnya status terkini pembangunan yang dilaksanakan di Bandar Malaysia ini ?

“Rakyat di luar sana pun tertanya-tanya kerana sebelum ini pun, dikatakan telah diberhentikan ketika waktu zaman kerajaan Pakatan Harapan ?

“Jadi setakat mana pula kebenaran yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan yang melihat aspek pelaburan dalam Bandar Malaysia itu bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

“Umpamanya Bandar Malaysia ini dikatakan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion, dan ia akan menjadi pembangunan terbesar seumpamanya di Malaysia.

“Jadi kita perlukan perincian berhubung perkara berkenaan,” kata Razali ketika membahaskan di Dewan Negara pagi tadi.

Malahan, kata Razali lagi, walaupun negara menghadapi cabaran kerana pandemik COVID-19, bagaimana pula dengan penglibatan negara China dalam pembangunan Bandar Malaysia ?

Selain itu, Razali turut menyentuh soal  Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan menegaskan secara prinsipnya menyokong apa jua kepentingan Melayu Bumiputera yang bukan sahaja membantu sosio-ekonomi Bumiputera malahan peningkatan kemakmuran Bumiputera akan turut sama dinikmati oleh kaum-kaum lain dalam kepelbagaian sektor ekonomi termasuklah soal kepenggunaan, pembelian dan penjualan.

Namun masih ada beberapa kemusykilan yang memperlihatkan ada kelopongan besar dalam kalangan Bumiputera sedangkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dulu bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi termasuklah soal pendapatan, pendidikan, penguasaan perniagaan dan ekuiti serta pelaburan.

“Jadi saya hendak bertanya semula apakah sebenarnya peranan TERAJU yang saya fikirkan tidak melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan tidak dapat mengenal pasti Komuniti Ekonomi Bumiputera sebaiknya.

“Apatah lagi pendedahan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri berhubung pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini berada pada tahap 16 peratus, jumlah yang semakin merosot,” katanya.

Tegas Razali, TERAJU telah ditubuhkan pada 2011, apakah yang mereka laksanakan dalam tempoh selama 9 tahun ini ?

“Apakah mereka hanya setakat memperkemas dan menambahbaik pangkalan data berpusat Bumiputera yang kononnya untuk intervensi yang lebih strategik ? Pohon penjelasan terperinci,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close