Duniaku TeknokratGovernansPilihan Editor

Dr Ammar – Boss Baharu Tourism Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Tahniah dan moga berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab memajukan industri pelancongan di Malaysia !

Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) baharu berkuat kuasa 12 April 2023.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan pelantikan Ammar bagi menggantikan Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April lalu.

Mengikut kenyataan media, Ammar berpengalaman luas dalam sektor pelancongan negara dan jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Ameria/Eropah/Oceania) di samping berpengalaman dan kredibiliti serta berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Ammar diyakini berkemampuan memperkuatkan dan modenisasi Tourism Malaysia mempromosikan pelancongan, malah dapat memperkasakan sektor pelancongan tempatan.

“Banyak negara sudah membuka semula sempadan, kementerian percaya Ammar juga berupaya mengambil peluang emas ini memimpin Tourism Malaysia menarik lebih ramai pelancong melancong di Malaysia dan mengetuai misi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2025,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close