Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Lebih bijak dan selamat !
Lebih unggul, model terkini paling maju yang pernah dihasilkan !
Direka sebagai “komputer atas roda” !
LIDAR, satu sistem pemahaman pemandu dan sistem pengesanan penumpang diperkenalkan buat pertama kalinya !
Ciri-ciri unggul yang dinyatakan itu adalah model termaju Volvo EX90 yang serba baharu bukan sekadar kenderaan elektrik sepenuhnya — ia adalah model Volvo paling maju yang pernah dihasilkan.
Direka sebagai “komputer atas roda”, EX90 dibina untuk menjadi lebih bijak dan selamat dari semasa ke semasa dengan kemas kini perisian secara atas talian yang disesuaikan dengan data masa nyata.
Ciri-ciri keselamatan generasi baharu EX90, antaramuka pengguna yang lebih intuitif, serta sistem bantuan pemandu pintar dikuasakan oleh Superset tech stack Volvo Cars. Teknologi ini dibina di atas sistem pengkomputeran teras yang menggunakan platform NVIDIA DRIVE AI serta perisian hasil pembangunan dalaman Volvo sendiri.
Dengan keupayaan pemprosesan yang tinggi, EX90 digandingkan dengan rangkaian sensor lengkap termasuk radar, kamera, sensor ultrasonik dan sistem lidar terkini.
Ia merupakan model Volvo pertama yang bersedia untuk pemanduan autonomi secara berperingkat, sejajar dengan perkembangan perisian dan kelulusan perundangan. Sensor-sensor ini juga meningkatkan prestasi sistem Pilot Assist generasi baharu, yang kini mampu memberikan bantuan automatik semasa pertukaran lorong.
Lidar: Dimensi Baharu Keselamatan
Unit lidar Luminar yang disepadukan kemas pada garis bumbung EX90 – dan juga pada model-model Volvo akan datang – menggunakan pancaran laser untuk mengukur jarak dalam ruang tiga dimensi dengan ketepatan yang tinggi.
Berbeza daripada sistem yang hanya bergantung pada radar dan kamera, lidar menambah dimensi baharu dalam pengesanan, membolehkan EX90 mengenal pasti objek sebenar dan persekitaran secara masa nyata untuk pemahaman lebih menyeluruh terhadap potensi bahaya.
Salah satu kelebihan utama lidar berbanding kamera konvensional ialah keupayaannya berfungsi dalam keadaan gelap sepenuhnya. Lidar EX90 mampu mengesan pejalan kaki sejauh 250 meter, atau bahaya kecil dan gelap seperti tayar yang terlepas di atas jalan pada jarak 120 meter – semuanya ketika bergerak pada kelajuan lebuh raya.
Perbezaan yang dibawa oleh lidar dalam keselamatan dunia sebenar adalah sangat ketara: penyelidikan Volvo Cars menunjukkan bahawa penambahan lidar kepada kenderaan yang sudah selamat boleh mengurangkan kemalangan serius sehingga 20%, dan meningkatkan keupayaan mengelak pelanggaran sehingga 9%.
Data tambahan yang dikumpul oleh unit lidar EX90 juga akan membolehkan jurutera Volvo terus menambah baik keupayaan sistem pengecaman situasi bahaya – berasaskan kepada penyelidikan kemalangan dan ujian pelanggaran yang telah dikumpul selama sedekad. Melalui pembelajaran mesin dalaman dan kemas kini perisian automatik secara atas talian, EX90 sentiasa berevolusi – menjadi lebih pintar dan semakin bersedia untuk pemanduan autonomi.
Driver Understanding: Sistem Yang Menjaga Anda
Di dalam kenderaan, Driver Understanding sistem Volvo EX90 menggunakan dua kamera, sensor kapasitif pada stereng dan perisian berpaten untuk memantau tumpuan pemandu. Ia menganalisis arah pandangan mata dan corak pegangan stereng bagi mengesan tanda-tanda seperti mengantuk, gangguan atau keletihan.
Jika dikesan, sistem akan memberikan amaran secara berperingkat – bermula dengan bunyi dan visual lembut, diikuti peringatan lebih kuat dan konsisten jika perlu. Sekiranya pemandu tidak memberi tindak balas atau pengsan secara tiba-tiba, EX90 boleh menghentikan kereta dengan selamat, mengaktifkan lampu kecemasan dan menghubungi bantuan kecemasan.
Dengan kepintaran tersendiri, sistem ini mampu membezakan antara gangguan visual – apabila pemandu kurang melihat jalan – dan gangguan kognitif, iaitu apabila pemandu menatap jalan secara berlebihan tanpa memberi tumpuan.
Ia dibangunkan berdasarkan penyelidikan dunia sebenar, ujian simulasi dan analisis mendalam oleh pakar Volvo Cars selama sedekad.
Berdasarkan potensi dalam melindungi pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain, sistem pemahaman pemandu EX90 telah diiktiraf sebagai salah satu ‘2024’s Best Inventions’ oleh TIME Magazine, yang menghimpunkan 200 inovasi luar biasa dengan impak yang mengubah kehidupan.
Pengesanan Penghuni: Tiada yang Tertinggal
EX90 turut memperkenalkan sistem pengesanan penumpang – satu sistem keselamatan yang dibangunkan untuk mencegah tragedi “bayi tertinggal dalam kereta”. Isu ini telah menyebabkan lebih 900 kematian kanak-kanak di Amerika Syarikat sejak tahun 1998.
Sistem ini menggunakan radar sensitif di seluruh ruang dalaman kenderaan, termasuk but, untuk mengesan sebarang pergerakan kecil — seperti nafas bayi yang sedang tidur. Ia adalah sistem pertama seumpamanya yang merangkumi seluruh kabin.
Bagi mengelakkan keletihan peringatan, sistem ini hanya aktif apabila pemandu cuba mengunci kenderaan.
Sekiranya terdapat seseorang atau haiwan peliharaan di dalam kereta, sistem akan membatalkan kunci, memberikan amaran melalui lampu, hon dan aplikasi Volvo Cars. Pada masa yang sama, sistem penyaman udara akan terus berfungsi bagi mengekalkan suhu yang selamat.
Antaramuka Pengguna Generasi Baharu
EX90 turut memperkenalkan sistem infotainmen terkini menerusi paparan pusat bersaiz 14.5 inci yang dikuasakan oleh Snapdragon Cockpit Platforms. Segala fungsi – daripada tetapan kereta, navigasi, media hinggalah sambungan telefon, boleh diakses melalui antaramuka yang lebih intuitif, ringkas dan mengunakan sentuhan yang minimum.
Paparan ini turut menampilkan bar fungsi kontekstual di bahagian bawah skrin yang akan berubah mengikut situasi. Contohnya, YouTube atau aplikasi media dipaparkan apabila kenderaan berhenti, manakala kamera 360 darjah dengan paparan 3D aktif apabila memperlahankan kenderaan.
Sistem ini belajar dari tabiat pemandu dan akan mencadangkan aplikasi paling sesuai berdasarkan penggunaan. Dengan integrasi Google Built-in, pemandu hanya perlu sebut
“Hey Google” untuk memainkan muzik, ubah tetapan atau dapatkan arah ke stesen pengecas tanpa mengalihkan perhatian dari jalan.
Dengan log masuk akaun Google, pengguna boleh memuat turun aplikasi dari Google Play dan menggunakan Apple CarPlay secara terbina – menjadikan peralihan antara telefon dan kenderaan lebih lancar.
EX90 juga menyokong Google HD Maps, yang menyediakan data lokasi terperinci di peringkat lorong. Ini berfungsi bersama sensor luaran untuk membantu sistem pemanduan bantuan yang lebih tepat, serta sebagai asas bagi teknologi pemanduan autonomi masa depan.
Melengkapi paparan utama ialah satu paparan kecil di belakang stereng yang menunjukkan informasi penting seperti kelajuan, arah dan baki jarak. Pemandu boleh menyesuaikannya kepada beberapa mod – “Calm” untuk paparan minimal, “Surround” untuk pandangan lalu lintas sekeliling, dan “Navigation” untuk akses peta lebih cepat. Paparan ini turut disokong oleh heads-up display terbesar pernah digunakan dalam kenderaan Volvo – supaya pemandu kekal fokus sepenuhnya di jalan raya.
Tempahan Kini Dibuka
Volvo EX90 ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM442,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM442,648 untuk Sabah dan Sarawak². Pakej termasuk perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.
50 pelanggan pertama akan menerima baucar pengecas dinding dan pengadang matahari panoramik bernilai RM5,000 secara percuma. Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi laman web Volvo Car Malaysia atau pengedar sah terpilih untuk menempah pandu uji.
Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX90 atau rangkaian kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti kami di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG. – BACALAHMALAYSIA.MY