Dimensi BisnesPilihan Editor

Dutch Lady Beli Tanah Di Bandar Baru Enstek

Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan pengambilalihan tanah perindustrian seluas 13.19 hektar di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan bernilai RM56.79 juta.

Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta, berkata syarikat masih lagi dalam proses membeli tanah di Negeri Sembilan untuk kemudahan pembuatannya di masa hadapan dengan sasaran urus niaga dimuktamadkan tahun ini.

Katanya, cadangan adalah sebagai persediaan syarikat untuk memainkan peranan lebih penting dalam menyokong langkah jaminan makanan kerajaan yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

“Kemudahan baharu terletak di taman teknologi HALMAS itu dijangka dapat memanfaatkan rancangan peluasan jangka panjang syarikat di Malaysia serta pendapatan korporat di masa akan datang.

“Ini adalah sebahagian daripada rancangan kami bagi memastikan pertumbuhan mampan dalam semua aktiviti perniagaan kami. Pengambilalihan tanah ini adalah langkah utama ke arah merealisasikan matlamat kami dan ia dijangka dapat membantu mendorong industri tenusu tempatan dan halal yang menjadi kunci utama kepada keselamatan makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, DLMI adalah rakan penting kepada usaha kerajaan menerusi Program Pembangunan Tenusu dan Program Farmer2Farmer yang mana pakar tenusu Belanda diterbangkan khas dari negara itu untuk memindahkan kepakaran dan pengetahuan kepada petani tenusu tempatan dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti susu mentah tempatan.

“Bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah beberapa contoh baik komitmen yang ditunjukkan oleh DLMI untuk mengembangkan industri tenusu tempatan dan melabur semula ke dalam ekonomi.

“Setakat ini, sejumlah 15 petani FrieslandCampina Belanda telah melatih 466 petani mengenai amalan pertanian dan dengan melakukannya, Program Farmer2Farmer mampu meningkatkan produktiviti dan kehidupan petani tempatan serta kualiti dan jumlah pengeluaran susu tempatan,” tambah Gupta. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close