Ekonomi Islam & Global

Ekonomi Indonesia Menguncup Kali Pertama Dalam 20 Tahun

Ekonomi Indonesia menguncup buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia lebih dua dekad lalu susulan langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19 yang mempengaruhi ekonomi terbesar Asia Tenggara.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia susut 5.32 peratus pada suku kedua berbanding tahun lalu, penguncupan terburuk berbanding tiga bulan pertama 1999.

Anggaran median menerusi tinjauan Bloomberg ke atas ahli ekonomi adalah penyusutan 4.72 peratus.

KDNK susut 4.19 peratus berbanding suku tahun sebelumnya, lebih buruk dari jangkaan kejatuhan 3.65 peratus.

“Kita tahu kesannya dan kita telah bersedia untuk itu, tetapi ia tetap menyakitkan,” kata Ahli Ekonomi Oversea-Chinese Banking Corp, Wellian Wiranto di Singapura.

“Walaupun kita melihat pemulihan pada separuh kedua, keadaan semakin tidak pasti disebabkan perkembangan global.”

Penanda aras indeks saham Indonesia menyusut sebanyak 0.3 peratus selepas data itu diumumkan, sebelum melantun semula untuk berada 0.2 peratus lebih tinggi pada sesi tengah hari.

Hasil bon 10 tahun kerajaan menyusut dua mata asas kepada 6.827 peratus, sementara rupiah menambah 0.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Jualan runcit di ekonomi yang bergantung kepada penggunaan terjejas di tengah-tengah pandemik, sementara sektor pembuatan meneruskan kejatuhan, demikian menurut indeks pengurus pembelian (PMI).

Eksport yang didominasi oleh komoditi seperti arang batu dan minyak sawit menunjukkan peningkatan dalam tempoh beberapa bulan lalu. – Bloomberg

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close