Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.
Perdana Menteri berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.
“Ia perihal mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan dua tumpuan utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, dan akhirnya memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih berkualiti.
“Ini adalah sebuah rencana menyeluruh dan teliti bagi menghadapi pelbagai tantangan saat ini mencakupi isu jangka panjang terkait daya saing dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.