Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Empat Sektor Sokong Pemulihan Ekonomi Negara

Sektor pembuatan, teknologi dan kewangan menyertai sektor penjagaan kesihatan dalam proses pemulihan ekonomi Malaysia sejak akhir tahun lalu, demikian menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Bank pelaburan itu mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus tahun ini berbanding unjuran penguncupan 5.4 peratus pada 2020 susulan pandemik COVID-19.

Ketua Ahli Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias, berkata prospek ekonomi pada 2021 berada dalam landasan tepat pemulihan, meskipun gelombang ketiga COVID-19 pada tahun lalu, yang menyebabkan peningkatan kes, akan terus menjadi faktor negatif.

Justeru, beliau berkata unjuran pertumbuhan itu adalah konservatif berbanding anggaran rasmi kerajaan iaitu ekonomi berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus pada 2021, dengan penguncupan 4.5 peratus bagi 2020.

“Berdasarkan data terbaharu pada Disember 2020, sektor pembuatan, teknologi dan kewangan mula menyertai penjagaan kesihatan dalam proses pemulihan.

“Manakala sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan masih terus ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada forum Maybank Wealth Talk ‘New Decade, New Cycle, New Market Environment’ secara maya.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini mula mencetuskan kebimbangan mengenai impaknya ke atas ekonomi negara.

Berdasarkan unjuran Maybank IB, beliau berkata, bagi PKP kali ini, 78 peratus daripada ekonomi negara beroperasi dan nisbah itu akan terus meningkat lagi berbanding PKP kali pertama tahun lalu.

Katanya, anggaran kerugian harian ekonomi tidak sebesar seperti PKP pada 2020 dan ia mengekalkan unjuran rasmi bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 2021 pada 4.1 peratus.

“Langkah kerajaan membenarkan lima sektor penting untuk beroperasi menjadikan kadar kerugian harian ketika PKP dapat direndahkan.

“Semasa PKP pada Mac dan April tahun lalu, ekonomi negara hanya beroperasi masing-masing pada 40 peratus hingga 45 peratus dan 52 peratus.

“Oleh itu, kami menganggarkan kerugian ekonomi (KDNK sebenar) harian lebih kecil di bawah PKP tahun ini pada RM960 juta sehari (anggaran Kementerian Kewangan RM700 juta sehari) berbanding RM1.65 bilion sehari (anggaran Kementerian Kewangan RM2.4 bilion sehari) ketika PKP tahun lalu,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close