Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Pertumbuhan Ekonomi Negara Asia Sedang Membangun Lebih Kukuh Tahun Ini – ADB

Pertumbuhan ekonomi negara sedang membangun Asia tahun ini dijangka lebih kukuh berbanding unjuran sebelumnya didorong permintaan domestik yang baik di kebanyakan ekonomi yang mana menampung kelemahan ekoran kelembapan hartanah di China, kata Bank Pembangunan Asia (ADB) pada hari Khamis.

ADB menaikkan unjuran untuk pertumbuhan 2024 bagi negara Asia sedang membangun kepada 4.9 peratus daripada 4.8 peratus yang diramalkan pada Disember, tetapi memberi amaran tentang cabaran berterusan seperti ketegangan geopolitik yang meningkat, termasuk di Timur Tengah, yang mana boleh mengganggu rantaian bekalan dan menaikkan semula inflasi.

Walau bagaimanapun unjuran pertumbuhan ADB, yang berpangkalan di Manila, itu sedikit lebih lemah daripada pertumbuhan 5.0 peratus pada tahun 2023. Pertumbuhan untuk tahun 2025 juga diunjur pada kadar 4.9 peratus.

“Pertumbuhan negara Asia sedang membangun akan kekal kukuh tahun ini, walaupun ketidakpastian dalam persekitaran luar,” kata Ketua Ahli Ekonomi ADB, Albert Park dalam laporan Tinjauan Pembangunan Asia.

“Pengakhiran kitaran menaikkan kadar faedah di kebanyakan ekonomi, serta pemulihan berterusan dalam eksport semikonduktor, akan menyokong pertumbuhan,” kata Park.

Ahli Ekonomi Kanan ADB, John Beirne, dalam sesi taklimat sebelum pelancaran laporan berkenaan, mengatakan penurunan pandangan negatif terhadap penarafan kredit kedaulatan China oleh Fitch, pada Rabu, adalah membimbangkan untuk sentimen pelabur.

“Ia boleh menimbulkan masalah tambahan yang sudah jelas dalam sektor hartanah, dan pastinya tidak membantu apabila kita mengambil kira hutang kerajaan tempatan dan kelestarian hutang serta kos peminjaman kerajaannya,” kata Beirne.

ADB mengunjur China akan berkembang pada kadar 4.8 peratus pada tahun 2024. Ini lebih tinggi daripada anggaran 4.5 peratus yang dibuat pada Disember, tetapi lebih perlahan daripada pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2023.

Ia menjangkakan ekonomi China akan kehilangan lebih banyak momentum pada tahun depan, dengan pertumbuhan dilihat lebih perlahan kepada 4.5 peratus, didorong oleh pasaran hartanah yang lemah dan penurunan pertumbuhan penggunaan domestik selepas pembukaan semula tahun lalu,” kata ADB. – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close