MalaysiaPilihan Editor

PRU-15 Bakal Menyusul Serentak PRN Sabah ?, UMNO Tidak Sertai PN, BERSATU Pohon Masuk MN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Politik tanah air terus mencetuskan suhu yang mendadak !

Perkembangan politik mutakhir telah memperlihatkan langkah-langkah keputusan politik menjelaskan kedudukan sebenar kestabilan politik yang terlalu rapuh kepada parti yang membentuknya untuk menerajui Kerajaan Pusat mahu pun Kerajaan Negeri.

Terkini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Paling terkini pula Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

 

“Sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya dalam satu sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pemerhati politik turut menyifatkan dua langkah keputusan politik mutakhir ini memberi “SIGNAL” sangat jelas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa dan mungkin serentak dengan PRN Sabah.

Dalam sidang akhbar itu, Ahmad Zahid juga menjelaskan bahawa Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam (29 Julai 2020) di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi,” katanya.

Sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kemudiannya diambil alih kerajaan PN, kerapuhan sokongan dan pembentukan pemerintah berada dalam keadaan tidak stabil.

Keputusan usul pengosongan Speaker Dewan Rakyat tempoh hari yang diluluskan turut memperlihatkan seramai 111 setuju dan 109 menolak melalui undi belah bahagian telah menunjukkan kerajaan sedia ada berada seolah-olah bagai telur di hujung tanduk.

Dalam sistem demokrasi andainya politik berada di tahap ketidakstabilan, jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya adalah menerusi PRU dan PRN semula iaitu menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan mandat baharu kerajaan.

Walaupun isu Covid-19 masih menjadi permasalahan kemasyarakatan global namun pemerhati politik berpandangan ia tidak boleh dijadikan alasan kerana masih ada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang dapat diikuti dan diwujudkan kelak. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close