Malaysia

Takziah, Satu Kehilangan Besar – Yang Dipertua Dewan Negara Meninggal Dunia

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.

Mendiang disah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi selepas menerima rawatan di pusat kesihatan itu sejak 6 Mei lalu.

Perkara itu disahkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan, hari ini.

“Beliau menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei 2024 dari Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

“Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, keluarga mendiang mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah serta doa yang dikirimkan, dan menghargai ruang masa diberikan kepada mereka dalam menghadapi masa sukar berkenaan.

Beliau adalah Orang Ulu yang pertama dilantik memegang jawatan itu, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas di Sarawak dari 1982 hingga 1990 dan memiliki latar belakang pendidikan serta praktis dalam bidang perundangan.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga anak. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close