GovernansMalaysiaPilihan Editor

INTIPATI Belanjawan 2023

Maklumat seterusnya menyusul kemudian

Berikut ialah intipati Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan.

Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.

Enam projek tebatan banjir termasuk di Johor, Selangor dan Kelantan akan ditender semula dengan segera selewatnya Jun tahun ini.

Persiapan mendepani ancaman bencana: RM150 juta kepada NADMA, RM50 juta untuk ATM, Bomba dan RELA, RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti, manfaatkan 2,000 persatuan penduduk. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close