GovernansMalaysiaPilihan Editor

Belanjawan 2023: Tanah Terbiar FELDA, FELCRA, RISDA Digunakan Untuk Penghasilan Makanan

FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah menyuburkan tanah terbiar milik masing-masing dengan keluasan sehingga 320 hektar untuk projek tanaman makanan.

Ia bagi membantu negara mengukuhkan aspek keterjaminan makanan yang menjadi isu sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada masa ini, hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan penghasilan tanaman makanan berbanding 7 juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.

Selain itu, katanya Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik.

“Selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, (usaha ini) malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.

“Ini supaya ada hubungan langsung di antara syarikat dengan kerajaan negeri,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close