Malaysia

Jurujual Emas, Rakan Cedera Disamun Di Lebuh Raya

Seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas cedera dan sejumlah barang kemas dibawanya dilarikan dalam kejadian samun di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa, 47, bersama seorang rakan, 24, sedang dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi sebelum kenderaan mereka dihalang dua kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hitam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata tiga suspek bersenjata parang kemudian menghampiri kereta dan memecahkan cermin di tempat duduk mangsa serta tempat duduk pemandu.

“Kedua-duanya ditarik keluar dari kereta sebelum suspek melarikan kenderaan berkenaan bersama sejumlah barang kemas dan wang tunai.

“Anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan dan pengesahan syarikat majikan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang menguruskan jualan emas di beberapa buah kedai emas di ibu negara dan rakannya mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan.

“Mangsa memberitahu kesemua suspek mempunyai saiz badan yang besar dan memakai baju berlengan panjang serta memakai topeng ski ketika kejadian.

“Susulan siasatan yang dijalankan dan maklumat yang diterima, kereta mangsa akhirnya ditemui di Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar,” kata beliau lagi.

Katanya, usaha mengesan semua suspek kini sedang dilakukan dan pihak polis mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes ditalian 03-2297 9222.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close