Governans

Kadar Pemalsuan Ringgit Rendah, Terkawal

Kadar pengedaran mata wang palsu di Malaysia masih berada pada tahap rendah, berbanding beberapa negara jiran lain.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, berkata mata wang negara dilengkapi antara 10 hingga 15 ciri-ciri keselamatan bagi menangani risiko pemalsuan didalangi pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM), beliau berkata, kadar pemalsuan mata wang yang dikesan adalah 1.4 helai bagi setiap juta (ppm) pada 2006 dan 1.2 helai (2009), manakala separuh pertama tahun ini ialah 1.0.

“Sekiranya wujud aduan mengenai edaran mata wang palsu, ia boleh dikemukakan kepada BNM untuk siasatan lanjut,” katanya pada soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kegiatan pengedaran mata wang palsu yang didakwa semakin meruncing di Malaysia, selain langkah BNM untuk mengekang kegiatan berkenaan. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close