GovernansMalaysia

Kadar Tukaran USD/MYR Diterbitkan Google Semalam Tidak Tepat – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan, data kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR diterbitkan Google semalam sebagai tidak tepat.

Malah, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, bank pusat itu memaklumkan ia juga tidak mencerminkan nilai dagangan sebenar.

“Semalam kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada jam 9 pagi dan 4.7045 pada jam 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

“Sepanjang dua minggu yang lalu (1 – 15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar AS,” menurut kenyataan berkenaan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari lalu itu.

Menerusi kenyataan sama, BNM turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk data rasmi termasuk data daripada pihaknya.

“Orang ramai juga perlu mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit,” katanya. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close