MalaysiaPilihan Editor

MAS BOLEH – OLIMPIK PARIS 2024: Syabas ! Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik Milik Zii Jia

KEBANGKITAN yang luar biasa dalam set kedua !

Ketahanan mental yang utuh !

Syabas, Lee Zii Jia ! Anda berhak !

Pemain perseorangan lelaki negara, Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini.

Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo di mana dia berjaya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

 

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menentang pemain India, Lakshya Sen pada penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2024. - Foto REUTERS
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menentang pemain India, Lakshya Sen pada penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2024. – Foto REUTERS

 

Pada aksi terbabit, Lee Zii Jia membuka set pertama dengan aksi kurang memberangsangkan apabila membenarkan Lakshya mendahului 10-4 dengan dia ketinggalan enam mata pada interval set pertama selepas Lakshya mendahului 11-5.

Selepas interval set pertama, Zii Jia terus ketinggalan 11-17 dan meskipun berjaya menambah dua mata untuk menjadikan kedudukan 13-19, Lakshya menamatkan set pertama dengan 21-13 dalam tempoh 20 minit.

Lee Zii Jia (kanan) bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini. - Foto AFP
Lee Zii Jia (kanan) bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini. – Foto AFP

 

Antara penyokong Malaysia di Porte de La Chapelle Arena. - Foto AFP
Antara penyokong Malaysia di Porte de La Chapelle Arena. – Foto AFP

 

Memasuki set kedua, Zii Jia bangkit sekalipun ketinggalan jauh apabila mengikat Lakshya 8-8 dan Zii Jia menuju ke interval set kedua dengan mendahului 11-8 sebelum Lakshya berjaya mengikat kedudukan 12-12.

Zii Jia memastikan dia terus memimpin perlawanan walaupun dikejar Lakshya dengan pertukaran satu atau dua mata dan Zii Jia mengheret perlawanan ke set penentuan apabila memenangi set kedua dengan 21-16.

Set ketiga menyaksikan Zii Jia beraksi dengan garang apabila pada satu ketika mendahului 9-2 dan selepas mendahului 11-6 di interval, dia tidak menoleh ke belakang untuk menoktahkan perjuangan Lakshya dengan keputusan 21-11. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/BERNAMA

 

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain India, Lakshya Sen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. - Foto BERNAMA
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain India, Lakshya Sen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. – Foto BERNAMA

 

Pemain India, Lakshya Sen tewas kepada Zii Jia pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi. - Foto AFP
Pemain India, Lakshya Sen tewas kepada Zii Jia pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi. – Foto AFP

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close