Duniaku Teknokrat

Pengarah, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif KPJ Healthcare Letak Jawatan 31 Mac

KPJ Healthcare Bhd hari ini mengumumkan Datuk Md Arif Mahmood akan meletak jawatan sebagai pengarah dan pengerusi bukan bebas bukan eksekutif selepas menamatkan tempoh selama dua tahun pada 31 Mac 2024.

Penyedia penjagaan kesihatan swasta itu dalam satu kenyataan, memaklumkan Md Arif mengambil alih tugas sebagai pengerusi pada 1 April 2022 ketika negara sedang beralih ke fasa endemik COVID-19.

“Di bawah kepimpinan strategik beliau, KPJ Healthcare dapat memanfaatkan kekuatannya serta mengambil kesempatan atas peluang yang muncul bagi menyampaikan hasil tertingginya sebanyak RM2.9 bilion pada 2022 dan RM3.4 bilion menjelang 2023.

“Hari ini, nilai KPJ Healthcare turut meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu,” menurut syarikat itu.

Lembaga pengarah dan pengurusan KPJ Healthcare merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Md Arif atas kepimpinan, perkhidmatan dan sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada syarikat itu.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close